Tutorial Root Sony Xperia ZR
Cara root Xperia ZR Android 4.4.4 Kit Kat firmware .283 , itu tutorial yang akan kami tunjukkan kepada anda dalam sesi tutorial root kali ini. Bagi yang terlepas, siri Xperia Z lama telah pun dikemaskini ke Android 4.4.4 Kit Kat membawakan firmware .283 kepada telefon pintar tersebut.
Cara yang sama seperti proses root Xperia Z dan ZL Android 4.4.4 Kit Kat, apa yang berbeza ialah kernel Xperia ZR digunakan.Sedikit penerangan,secara ringkasnya terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan dalam proses ini :
– Pertama, flash kernel .230 pada Xperia ZR.
– Selesai flash kernel, jalankan proses root.
– Selesai root, flash semula kernel asal Android 4.4.4 iaitu .283 pada Xperia ZR dan selesai.
PERSEDIAAN SEBELUM ROOT
1– Pastikan segala driver phone dah pun diinstall. (Rujuk tutorial di bawah)
2– Pergi pada setting > developer option kemudian tick pada USB Debugging dan juga Unknown Sources.
3– Download alatan dibawah.
– Flashtool terbaru ( Muat Turun )
– Driver Xperia (Muat Turun)
– Kernel .230 ( Muat Turun )
– EasyRoot (Muat Turun)
– Kernel .283 ( Muat Turun )
CARA INSTALL DRIVER PADA KOMPUTER (Untuk Pengguna Baru)
1- Install file Driver Xperia yang dah dimuat turun tadi pada komputer anda.
2- Install flashtool driver pada komputer anda dengan cara :
– Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.
– Buka folder flashtool tadi ( local disk C > Flashtool > Drivers > Flashtool drivers) dan install.
– Scrool ke bawah dan tick pada Xperia ZR.
– Pastikan proses install selesai sepenuhnya dan bagi pengguna Windows 8 , anda akan mengalami masalah untuk install driver2 tersebut dan cara khas perlu dibuat dimana kami akan update dalam satu artikel lain tentang bagaimana cara install drivers pada Windows 8.
CARA FLASH KERNEL .230
1- Buka flashtool yang dah diinstall tadi.
2- Tekan pada anak panah petir dan pilih flashmode.
3- Pilih firmware .230 dan pilih kernel sin dekat sebelah.
4- Tekan ok dan ikut arahan yang tertera.(Butang back = Volume Down)
5- Selesai proses flash , on kan phone tadi.Ikut arahan bawah.
CARA ROOT XPERIA ZR ANDROID 4.4.4
1- Buka file EasyRoot tadi dan sambungkan phone.
2- Tekan runme.bat
3- Ikut arahan yang tertera.
4- Selesai dan offkan phone.
5- Ikut arahan bawah.
CARA FLASH KERNEL .283
1- Buka flashtool yang dah diinstall tadi.
2- Tekan pada anak panah petir dan pilih flashmode.
3- Pilih firmware .283 dan pilih kernel sin dekat sebelah.
4- Tekan ok dan ikut arahan yang tertera.
5- Selesai proses flash, on kan phone.
Selesai proses diatas, pergi ke Playstore dan update aplikasi SuperSU kemudian buka SuperSU tadi dan update Binaries jika diminta. Xperia ZL anda akan mempunyai akses root penuh selepas selesai kesemua langkah diatas.
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar